Posts

Pantun Hari Ini: Cinta - Mari berburu ke puncak gunung

Image
Mari berburu ke puncak gunung, Pakai sepatu berbalut kain; Kenapa wajahmu nampak murung, Adakah kekasih tertarik yang lain. Tema: CINTA Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Iman - Membuat rumah di tepi paya

Image
Membuat rumah di tepi paya, Boleh menjoran dari jendela; Solat jemaah besar pahala, Saf hadapan pahala berganda. Tema: IMAN Foto: Pixabay

Pantun Hari Ini: Iman - Naik kapal mudik ke hulu

Image
Naik kapal mudik ke hulu, Kapal tersekat di tengah kuala; Datangnya ajal tak tahu waktu, Mengapa solat bertangguh masa?. Tema: IMAN Foto: Mohammed Alim

Pantun Hari Ini: Akhlak - Makan durian berguna-guni

Image
Makan durian berguna-guni, Walau berduri rasanya enak; Sesama jiran perlu harmoni, Pentingkan diri harus dielak. Tema: AKHLAK Foto: Pixabay

Pantun Hari Ini: Akhlak - Daun kantan dikerat - kerat

Image
Daun kantan dikerat - kerat, Rasanya kelat dibuat ubat; Hidup berjiran saling muafakat, Jiran sepakat membawa berkat. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Bunga di taman cantik berseri

Image
Bunga di taman cantik berseri, Elok rupanya bau pun wangi; Hidup berjiran tak boleh sendiri, Bertegur sapa baru harmoni. Tema: AKHLAK Foto: Cak Pan

Pantun Hari Ini: Ilmu - Apa guna pergi belayar

Image
Apa guna pergi belayar, Kalau takut ombak menderu; Apa guna bercakap besar, Kalau kedekut menabur ilmu. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Iman - Suara kuat laungkan azan

Image
Suara kuat laungkan azan, Sudah iqamat solat segera; Pegang nasihat Nabi junjungan, Jagalah solat tiang agama. Tema: IMAN Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Ikan pelaga terkenal sombong

Image
Ikan pelaga terkenal sombong, Sombong kerana cantik bergaya; Pandai meniaga pasti beruntung, Tekun membaca pasti berjaya. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Makan bersudu bersama garpu

Image
Makan bersudu bersama garpu, Tiada sudu gunakan camca; Baca buku bertambah ilmu, Bila berilmu boleh berjasa. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Jati diri - Tinggi menara hingga ke awan

Image
Tinggi menara hingga ke awan, Menjadi tanda masjid di mana; Walau dunia sudah kau tawan, Akhirat pula jangan kau lupa. Tema: JATI DIRI Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Cantik bunga di tepi jalan

Image
Cantik bunga di tepi jalan, Tangan gatal nak ku petik; Kita usaha maju ke depan, Jika gagal janganlah serik. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Main ombak di tepi pantai

Image
Main ombak di tepi pantai, Kejap berlari kejap berdiri; Jangan berlagak kalaupun pandai, Merendah diri lagi terpuji. Tema: AKHLAK Foto: Manuela Adler

Pantun Hari Ini: Akhlak - Letak kereta berselang seli

Image
Letak kereta berselang seli, Jangan pula jalan terhalang; Suka mengata amalan keji, Esok lusa dibenci orang. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Jati diri - Daun muda hijau warnanya

Image
Daun muda hijau warnanya, Kuning pula di hujung dahan; Seronok dunia ada batasnya, Sampai masa dijemput Tuhan. Tema: JATI DIRI Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Jati diri - Kucing ku tangkap ku simpan bela

Image
Kucing ku tangkap ku simpan bela, Penyejuk hati di kala sunyi; Kurangkan cakap banyakkan kerja, Sampai mati orang memuji. Tema: JATI DIRI Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Pokok hijau di tengah kota

Image
Pokok hijau di tengah kota, Mari dibuat tempat bersantai; Jangan dirisau tidak berharta, Bekalan akhirat lebih bernilai. Tema: AKHLAK Foto: Mabel Amber

Pantun Hari Ini: Akhlak - Batu kerikil dibuat hiasan

Image
Batu kerikil dibuat hiasan, Hiasan dibuat dalam taman; Janganlah bakhil sesama insan, Nanti tak berkat harta simpanan. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Jati diri - Namanya cili digelar lada

Image
Namanya cili digelar lada, Pedas rasanya sudahlah tentu; Apa nak isi di dalam dada, Pasti isinya iman dan ilmu. Tema: JATI DIRI Foto: Quang Nguyen Vinh

Pantun Hari Ini: Jati diri - Hujung ranting ada bunga

Image
Hujung ranting ada bunga, Putih warna cantik berseri; Budaya asing jangan dihina, Budaya kita harus sanjungi. Tema: JATI DIRI Foto: Zumaidi Zainuddin