Posts

Showing posts with the label akhlak

Pantun Hari Ini: Akhlak - Mari membuat tauhu sumbat

Image
Mari membuat tauhu sumbat, Petang dan pagi boleh dimakan; Rahsia bersahabat kekal terikat, Hutang dan budi dilupa jangan. Tema: AKHLAK Foto: Ray Bilcliff

Pantun Hari Ini: Akhlak - Pagi buta membuat sarapan

Image
Pagi buta membuat sarapan, Bawa berkelah dalam taman; Bukannya harta mengikut insan, Banyak sedekah itulah bekalan. Tema: AKHLAK Foto: Siegfried Poepperl

Pantun Hari Ini: Akhlak - Buat minuman si air kelapa

Image
Buat minuman si air kelapa, Teguk beransur hilang dahaga; Adat berjiran bertegur sapa, Bertolak ansur elak sengketa. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Hujan turun tak henti henti

Image
Hujan turun tak henti henti, Mahu kereta kutukar tongkang; Baik bertahun jahat sehari, Jahat juga diingat orang. Tema: AKHLAK Foto: Brett Jordan

Pantun Hari Ini: Akhlak - Batang dedap dibuat sampan

Image
Batang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Tuan beradab ku balas sopan, Tak balas budi ku pohon ampun. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Jalan ke pekan bersama rakan

Image
Jalan ke pekan bersama rakan, Singgah makan ikan gelama; Kongsi makanan jadi amalan, Petua aman hidup bersama. Tema: AKHLAK Foto: Quang Nguyen Vinh

Pantun Hari Ini: Akhlak - Jalan sesak di waktu petang

Image
Jalan sesak di waktu petang, Kereta berhenti jalan terhalang; Jangan dirosak nama cemerlang, Hidup dan mati dikecam orang. Tema: AKHLAK Foto: Rok Romih

Pantun Hari Ini: Akhlak - Nasi lemak ayam rendang

Image
Nasi lemak ayam rendang, Teh tarik manisnya kurang; Jangan berlagak hidup senang, Ingat sikit susahnya orang. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Buah oren dipotong nipis

Image
Buah oren dipotong nipis, Dibuat air hilang dahaga; Hati baik mulut pun manis, Itulah tanda orang mulia. Tema: AKHLAK Foto: Ray Bilcliff

Pantun Hari Ini: Akhlak - Di atas awan di bawah lautan

Image
Di atas awan di bawah lautan, Rehatkan badan tenangkan hati; Hajat berkawan dapat perkenan, Salam perkenalan hamba mulai. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Pergi ke surau membaca kitab

Image
Pergi ke surau membaca kitab, Sudah tamat jangan lupakan; Bila merantau jagalah adab, Agar dihormat orang tempatan. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Batang rotan diikat - ikat

Image
Batang rotan diikat - ikat, Agar kuat jadi pintalan; Hidup berjiran harus muafakat, Agar masyarakat sentiasa aman. Tema: AKHLAK Foto: Rok Romih

Pantun Hari Ini: Akhlak - Menjoran ikan di tepi lombong

Image
Menjoran ikan di tepi lombong, Joran patah diganti kayu; Sesama jiran janganlah sombong, Kita susah, jiran yang bantu. Tema: AKHLAK Foto: Ivan Rebic

Pantun Hari Ini: Akhlak - Makan durian berguna-guni

Image
Makan durian berguna-guni, Walau berduri rasanya enak; Sesama jiran perlu harmoni, Pentingkan diri harus dielak. Tema: AKHLAK Foto: Pixabay

Pantun Hari Ini: Akhlak - Daun kantan dikerat - kerat

Image
Daun kantan dikerat - kerat, Rasanya kelat dibuat ubat; Hidup berjiran saling muafakat, Jiran sepakat membawa berkat. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Bunga di taman cantik berseri

Image
Bunga di taman cantik berseri, Elok rupanya bau pun wangi; Hidup berjiran tak boleh sendiri, Bertegur sapa baru harmoni. Tema: AKHLAK Foto: Cak Pan

Pantun Hari Ini: Akhlak - Makan bersudu bersama garpu

Image
Makan bersudu bersama garpu, Tiada sudu gunakan camca; Baca buku bertambah ilmu, Bila berilmu boleh berjasa. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Cantik bunga di tepi jalan

Image
Cantik bunga di tepi jalan, Tangan gatal nak ku petik; Kita usaha maju ke depan, Jika gagal janganlah serik. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Akhlak - Main ombak di tepi pantai

Image
Main ombak di tepi pantai, Kejap berlari kejap berdiri; Jangan berlagak kalaupun pandai, Merendah diri lagi terpuji. Tema: AKHLAK Foto: Manuela Adler

Pantun Hari Ini: Akhlak - Letak kereta berselang seli

Image
Letak kereta berselang seli, Jangan pula jalan terhalang; Suka mengata amalan keji, Esok lusa dibenci orang. Tema: AKHLAK Foto: Zumaidi Zainuddin