Posts

Showing posts with the label Pantun Ilmu

Pantun Hari Ini: Ilmu - Apa guna pergi belayar

Image
Apa guna pergi belayar, Kalau takut ombak menderu; Apa guna bercakap besar, Kalau kedekut menabur ilmu. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Ikan pelaga terkenal sombong

Image
Ikan pelaga terkenal sombong, Sombong kerana cantik bergaya; Pandai meniaga pasti beruntung, Tekun membaca pasti berjaya. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Memakan jamu siawet muda

Image
Memakan jamu siawet muda, Wajah jelita menawan kalbu; Bangsa berilmu wawasan mulia, Bangsa membaca bangsa yang maju. Tema: ILMU Foto: Peter Spencer

Pantun Hari Ini: Ilmu - Riuh rendah bunyinya jentera

Image
Riuh rendah bunyinya jentera, Membuat kerja tak kira waktu; Mudah sungguh nasihat pujangga, Tak suka membaca tiadalah ilmu. Tema: ILMU Foto: Tim Gouw Ulasan Gemini  Analisa Pantun ​1. Struktur & Irama ​ Rima Akhir: Menggunakan rima a-b-a-b (jentera/pujangga dan waktu/ilmu). Keselarasan rima ini memberikan bunyi yang mantap dan memudahkan pesanan yang disampaikan melekat di ingatan pendengar. ​ Suku Kata: Terdiri daripada 9 hingga 10 suku kata bagi setiap baris, menjadikannya seimbang dan mempunyai tempo yang konsisten apabila dilisankan. ​2. Kupasan Maksud ​ Pembayang (Baris 1 & 2) ​ Riuh rendah bunyinya jentera, Membuat kerja tak kira waktu; ​Pembayang ini menggambarkan suasana pembangunan dan kerajinan dalam dunia moden a...

Pantun Hari Ini: Ilmu - Anak mamu menjual camca

Image
Anak mamu menjual camca, Camca juga dipanggil sudu; Banyakkan ilmu dengan membaca, Moga menjadi bangsa yang maju. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin Ulasan Gemini  Pantun ini membawa mesej yang sangat praktikal dan teknikal tentang cara mencapai kemajuan, iaitu melalui budaya membaca. Berikut adalah analisa untuk pengisian blog anda: ​1. Struktur & Unsur Seni ​ Rima Akhir: Menggunakan rima a-b-a-b (camca/membaca dan sudu/maju), yang merupakan rima klasik dan paling sempurna dalam estetika pantun Melayu. ​ Suku Kata: Setiap baris mempunyai 8 hingga 10 suku kata, menjadikannya sangat seimbang dan mempunyai rima yang "tepat" (punchy) apabila dibaca. ​2. Analisa Maksud ​ Pembayang (Baris 1 & 2) ​ Anak mamu menjual camca, Cam...

Pantun Hari Ini: Ilmu - Bertiup angin di kala senja

Image
Bertiup angin di kala senja, Jika sejuk tutuplah pintu; Petua ingin peroleh jaya, Tuntut ilmu sebilang waktu. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Baju berpesak sedap dipakai

Image
Baju berpesak sedap dipakai, Dijahit saku menambah guna; Petua berjaya sibijak pandai, Jadikan buku peneman setia. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Tanam padi mesti berguru

Image
Tanam padi mesti berguru, Kelak tentu menjadi beras; Rahsia jadi orang berilmu, Baca buku janganlah malas. Tema: ILMU Foto: Francesco Ungaro

Pantun Hari Ini: Ilmu - Dibuat sayur siulam raja

Image
Dibuat sayur siulam raja, Dicampur cuka jadi kerabu; Sudah termasyhur petua berjaya, Rajin membaca bertambah ilmu. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Buah mangga jadi santapan

Image
Buah mangga jadi santapan, Dihidang jamu kepada raja; Ekonomi jaya tanda kemajuan, Rakyat berilmu kejayaan negara. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini : Ilmu - Tabiat membaca punca segala

Image
Belok kiri pusing kanan, Cari idea elakkan bala; Elok pekerti bernas fikiran, Tabiat membaca punca segala. Tema: ILMU Foto: Zumaidi Zainuddin

Pantun Hari Ini: Ilmu - Kelak tercapai segala impian

Image
Bunga kertas warnanya putih, Dipetik orang jadi hiasan; Usaha keras janganlah letih, Kelak tercapai segala impian. Tema: ILMU Foto oleh: Zumaidi Zainuddin (via Pexels) Koleksi Latar: Galeri Pantun Zumaidi Ulasan Gemini  Pantun ini membawa tema motivasi dan ketabahan dalam mengejar cita-cita. Ia sangat sesuai dijadikan entri blog bagi membangkitkan semangat pembaca, terutamanya bagi mereka yang sedang berjuang dalam kerjaya atau pelajaran. ​Berikut adalah analisa lengkap untuk kandungan blog anda: ​1. Struktur & Estetika ​ Rima Akhir...

Pantun Hari Ini: Ilmu - Sukanya hati bila bercinta

Image
Sukanya hati bila bercinta, Berjanji temu tak kira masa; Sudah terbukti satu dunia, Bangsa berilmu bangsa berjaya. Tema: ILMU Foto oleh: Zumaidi Zainuddin (via Pexels) Koleksi Latar: Galeri Pantun Zumaidi Ulasan Gemini AI Pantun ini membawa mesej yang sangat relevan dan bersifat sejagat, iaitu tentang kepentingan ilmu sebagai pemacu kemajuan sesebuah bangsa. Berikut adalah analisa ringkas untuk kandungan blog anda: 1. Struktur & Irama Rima Akhir: Pantun ini menggunakan rima akhir a-a-a-a (bercinta, masa, dunia, berjaya). Walaupun secara tr...